Monday 11 July 2011

Watak Gopal

Gopal ialah seorang rakan seperjuangan BoBoiBoy yang menerima kuasa berian Ochobot mengubah bentuk benda menjadi makanan dengan menyentuh.

KUASA

Gopal mengetahui kuasanya lebih lewat daripada kawan-kawannya kerana lupa. Hanya dalam episod 7, barulah dia tahu bahawa dia boleh menukar benda-benda menjadi makanan dengan sekadar menyentuhnya, lebih-lebih lagi jika berasa cukup ketakutan. Kuasa ini kurang berkesan jika Gopal tidak berasa takut, melainkan benda yang hendak ditukar itu adalah makanan juga.

RUPA

Gopal nyata berbadan besar, berkulit gelap dan berambut crew cut. Dia mengalas kepalanya dengan pita peluh berwarna merah. Dia memakai baju hijau tua berlengan panjang, anak baju kuning yang bertepi merah dan dilekati lencana huruf G berwarna kelabu dan merah di dada kiri, dan seluar panjang hijau tua. Dia berkasut putih.

PERWATAKAN

Gopal boleh dikatakan sebagai budak yang paling hiperaktif di kalangan empat sekawan ini, khususnya apabila memperkenalkan Tok Aba's Kokotiam kepada BoBoiBoy di episod 1, dan cuba menyelamatkan orang walaupun tidak mengingati kuasanya pada mulanya. Badannya yang besar tidak menyembunyikan sifatnya yang mudah gentar atau ketakutan berbanding kawan-kawannya, tetapi rasa takut ini berguna untuk Gopal melakukan kuasanya dan menjadi wira yang berguna.

No comments:

Post a Comment