Sunday 30 October 2011

Kartun DC dan yang sebenar .

Detective Conan
Ran and Shinichi

Conan or Shinichi

Edogawa Conan

Kudo Shinichi
Ni ialah kartun Detective Conan , drama atau wayang Detective Conan yang sebenar . Pelakon-pelakonnya yang mengambil watak-watak sesiapa pun . Kalau korang ingin tahu . Silalah tekan Entry Ini ! Okeylah . Itu saja yang saya nak kongsikan bersama korang semua . Tata .

Tak ingat tido .

Selamat pagi atau selamat malam . Jam telah menunjukkan 3:30 AM . Haha ! Tak reti nak tidur ke ? Hmm . Pasal apa tak boleh tidur lagi ni ? Hah , nak tahu pasal apa . Pasal ni lah tak reti nak tidur . Sebab seronok sangat layan blog je . Hehe . Sampai tak ingat nak tidur . Nak buat macam manalah kan . Sebab hari lain bukannya dapat nak update blog pun , terpaksalah nak layan blog sampai pagikan . Kalau tak , dah tidur dah sekarang ni . Hehe . Tapi ingat ! Kesihatan tuu kena jaga . Penting tahu ! Hehe . Tata .

Saturday 29 October 2011

Ape hobi sye ?

Assalamualaikum !  Tajuknya ''Apa Hobi Saya ?'' Hah . Apa hobi saya ni . Nak tahu nak tahu ? Ke tak nak tahu . Hmm . Tak kisahlah . Okey okey , saya nak bagitahu ni . Hobi saya ialah minat melukis . Hehe . Kalau ada masa lapang . Saya akan melukis je , sampai tak ingat dunia . Ada ke macam tuu ? Haha ! Maksud saya , macam tak ingat makan . Tak ingat nak basuh pinggan , basuh kain dan macam-macamlah . Hehe . Kalau dah siap lukisan saya tuu , saya akan simpan buat kenanganlah . Tak kan nak buang kot kan ? Hehe . Berlatih banyak-banyak . Nanti boleh jadi pelukis terkenal didunia kan . Haha ! Okey , itu je saya nak bagitahu . Tata .

Saya rindukan dia ! Huhu .

Masa tengah baca buku Novel . Tiba-tiba pula saya rindu akan seseorang . Hmm , Siapa-siapa ? Nak tahukah korang semua ni . Lebih baik tak payah tahu ehh . Hehe . Nak buat macam manalah kan . Dia sama kelas dengan saya . Tingkatan 3 Arif . Hmm , tapi nak buat macam mana . Cuti sekolah dah start memanjang sampai 2 bulan . ye ke ? Haha ! Jadi , tak dapatlah nak jumpa dia tuh . Huhu . Sedih-sedih . Sebab ramai kan dah tahu , bila dah habis PMR mana ada belajar dah kan ? Cuma ada aktiviti je . Itu pun kalau buku teks dah hantar , memang sah lah tak belajar . Hehe . Rindu dia sangat-sangat . Ada perasaan gembira + sedih + rindu . Nak luahkan perasaan saya ni dekat dia . Tapi dia nak ke kat saya ? Hmm . Hanya tuhan je yang tahu . Saya harap tingkatan empat nanti dia tak pindah sekolah tuh . Tapi dia nak sangat sekolah kat sana . Da nak buat macam mana kan . Tak ada jodohlah kiranya . Okeylah . Tata .

Tuesday 25 October 2011

Korang tentu tak percaya . Betul tak ?

Korang tentu tak percayakan ? Kenapa sekarang ni kita sekolah macam kejap je . Huhu . Ni mesti pasal bumi berputar dengan cepat agaknya . Betul ke ? Yang tak seronoknya lah , terpaksa berpisah dengan kawan-kawan nanti . Hmm . Duduk kat rumah pun bukannya ada apa-apa pun kan . Kejap gembira dan kejap lagi boring . Macam orang gila pula kan ? Haha ! Kutuk diri sendiri pula . Dan tak lama lagi cuti sekolah panjang . Lagilah bertambah boring yang bermaksimum ! Haha ! Tapi , tak apalah . asalkan keputusan PMR tuh hah kena dapat yang terbaik ! Hanya nak ambil keputusan PMR pun macam nak pergi berperang kan ? Hehe . Hmm . Yelah tahu-tahulah pasal apakan . Sebab takut sangat nak ambil keputusan tuh . Huhu . Dah nak buat macam mana dah . Dah memang takdir kita hidup macam ni . Walau apa pun yang berlaku , kita kena teruskan hidup kita . Jangan mudah berputus asa . Okeylah . Tuh je nak kongsikan dengan korang . Tata .

Wednesday 19 October 2011

PMR sudah berakhir !

Hehe . PMR sekarang dah habis . Tapi tak bermakna kita terus gembira dulukan . Belum merdeka lagi ni . Sebab keputusan masih belum lagi . Harap-haraplah keputusan saya okey . Amin . Jadi kat sekolah saya ada rancang beberapa aktivit , contohnya . Aktiviti bermain congkak , dam , catur , badminton dan sebagainya . Boleh main apa je yang kita nak kan . Hehe . Dan cikgu ada bagi beberapa maklumat tentang subjek-subjek untuk tingkatan empat , dan maklumat tentang sekolah teknik dan vokasional . Juga ada buat eksperimen secara berkumpulan . Kumpulan saya ialah ''Sonia , Farra (Saya) , Ain , Mily , Salina , Lzyan dan Darren'' Hmm , yang paling teruk sekalinya lah ialah Darren . Dia tuu suka sangat main-mainlah . Susah-susah . Haha ! Eksperimen yang pertama ialah , buat buih tiup kat straw . Satu buih besar dan di dalamnya buih kecil . Maksudnya dua lapislah tuu . Yang ni berjaya . Kalau tak faham maksud eksperimen ni . Bagi faham . Hehe . Eksperimen yang kedua pula . Letak telur dalam bikar . Kan telur kalau letak dalam air , tenggelam kan . Jadi cikgu nak yang terapung . Kita orang buatlah . Haha ! Bukan main susahlah ! Sampai tertumpah-tumpah air dibuatnya . Habis basah dewan tuu . Haha ! Tapi yang ni tak berjaya buat . Yelah kan dah buat pun main-main . Bukannya fokus . Memanglah tak berjaya pun . Ke tak reti nak buat ? Hehe . Yang terakhir sekali , eksperimen buat belon ada letak kimia di dalam bikar namanya apa entah . Sory , tak ingat nama bikar tuu . Hehe . Cikgu akan tengoklah , belon siapa lagi besar kumpulan dialah akan menang . Ni pun tak berjaya juga . Apalah nasib . Dorang ni memang suka main-main . Haha ! Jadi tak dapatlah hadiah . Tak apalah . Yang penting masa tuu kita orang buat secara bekerjasama . Kita hanya mencuba untuk membuatnya . Hehe . Kita gagal pun pasal kita orang ni bukannya ahli saintis pun kan . Haha ! Nama kumpulan kita orang ialah ''Satu bangsa , satu sekolah'' Ni idea dari Sonia sendiri . Hmm . Tu jelah . Bila dah habis buat eksperimen . Kita orang mainlah pula . Hah ! Main apa ? Tak kan tak tahu . Haha ! Main congkak lah . Hehe . Saya main congkak dengan Ain .  Lepas tuu main dam dengan Sonia . Memenatkan jugalah main dam dengan Sonia ni . Memanjang pula dia memikir . Hehe . Tengok-tengok siapalah yang akan menang ni kan . Kejap sana kejap sini , akhirnya Sonia dah termakan buah dam nya . Sonia yang kalah . Hehe . Apa boleh buat dah nasib . Atau pun dikatakan seri , tak ada siapa pun yang menang sebenarnya . Hehe . Main congkak dengan Ain pula . Aiyaa ! Farra tak pandai main congkak ohh . Hehe . Apalah Ain ni , ingatkan main betul-betul . Patutlah main tak menang-menang . Rupa-rupanya main-main je . Haha ! Buat sakit pinggang je . Dan juga buat memenatkan tangan saya . Ain main congkak tuu cara tradisional Perak lah rupanya , sebab dia kan orang Perak . Mungkin lain kot cara main congkaknya . Yelah kot ? Saya pun tak tahu . Hehe . Okeylah , tuu je saya nak kongsikan cerita dengan korang semua . Tata .

Hari Keluarga .

Pada tarikh 21/10/11 - Jumaat . Tempat ayah saya bekerja ada mengadakan HARI KELUARGA . Ayah saya kerja askar . Jadi mereka merancangkan untuk pergi hari keluarga tuu di Bagan Lalang . Tempat-tempat hotel . Walaupun saya dah pernah pergi sekali je . Tapi saya nak pergi lagi sekali . Sebab seronok kan . Hehe . Tapi dulu tak seronok sangat , sebab tak ada kawan . Tapi kali ni ada kawan pula . Yey ! Seronok-seronok . Haha ! Berbanding tak ada kawan , lagi seronok ada kawan kan . Yelah , sebab sunyi . tak tahu nak cakap dengan siapa . Saya pergi hari keluarga tuu dengan Sonia . Nak tahu ? Klik Entry Ini ! . Okeylah . Tata .