Monday 11 July 2011

Watak Ying

Ying ialah seorang rakan seperjuangan BoBoiBoy yang memiliki kuasa lari pecut yang juga berian Ochobot.

KUASA

Ying mempunyai kuasa memecut sepantas bunyi sehingga mampu mengelilingi seluruh lilitan Bumi dalam masa beberapa saat sahaja, apatah lagi mampu mengatasi kelajuan peluru. Bagaimanapun, Ying kehilangan kuasanya apabila bersin, jadi dia perlu bersin lagi untuk mendapatkan kembali kuasanya.

RUPA

Dia memakai topi bulu berwarna kuning yang beralas cermin mata berbingkai biru. Dia memakai baju berlengan panjang yang berjalur biru, merah dan kuning, beralas anak baju yang kuning, berjalur jingga di bawah dan bertepi hitam. Dia memakai seluar biru yang menutupi lututnya, dan kasut sukan berwarna kuning. Apabila bersin dan hilang kuasa, cermin mata Ying jatuh pada matanya, tetapi apabila bersin semula dan pulih kuasa, cermin mata itu balik kepada topi.

PERWATAKAN

Ying suka membuat usikan membuat panggilan telefon lalu muncul di depan penerima panggilan, walaupun sebelum menerima kuasanya (dengan menggunakan telefon bimbit). Ini makin mudah setelah Ying menerima kuasanya, kerana dia tidak perlu dekat dengan penerima panggilan untuk memulakan usikan. Walaupun sedikit nakal, Ying tetap seorang rakan yang setia dan sedia menolong sesiapa dalam kesusahan.

No comments:

Post a Comment