Wednesday 19 October 2011

PMR sudah berakhir !

Hehe . PMR sekarang dah habis . Tapi tak bermakna kita terus gembira dulukan . Belum merdeka lagi ni . Sebab keputusan masih belum lagi . Harap-haraplah keputusan saya okey . Amin . Jadi kat sekolah saya ada rancang beberapa aktivit , contohnya . Aktiviti bermain congkak , dam , catur , badminton dan sebagainya . Boleh main apa je yang kita nak kan . Hehe . Dan cikgu ada bagi beberapa maklumat tentang subjek-subjek untuk tingkatan empat , dan maklumat tentang sekolah teknik dan vokasional . Juga ada buat eksperimen secara berkumpulan . Kumpulan saya ialah ''Sonia , Farra (Saya) , Ain , Mily , Salina , Lzyan dan Darren'' Hmm , yang paling teruk sekalinya lah ialah Darren . Dia tuu suka sangat main-mainlah . Susah-susah . Haha ! Eksperimen yang pertama ialah , buat buih tiup kat straw . Satu buih besar dan di dalamnya buih kecil . Maksudnya dua lapislah tuu . Yang ni berjaya . Kalau tak faham maksud eksperimen ni . Bagi faham . Hehe . Eksperimen yang kedua pula . Letak telur dalam bikar . Kan telur kalau letak dalam air , tenggelam kan . Jadi cikgu nak yang terapung . Kita orang buatlah . Haha ! Bukan main susahlah ! Sampai tertumpah-tumpah air dibuatnya . Habis basah dewan tuu . Haha ! Tapi yang ni tak berjaya buat . Yelah kan dah buat pun main-main . Bukannya fokus . Memanglah tak berjaya pun . Ke tak reti nak buat ? Hehe . Yang terakhir sekali , eksperimen buat belon ada letak kimia di dalam bikar namanya apa entah . Sory , tak ingat nama bikar tuu . Hehe . Cikgu akan tengoklah , belon siapa lagi besar kumpulan dialah akan menang . Ni pun tak berjaya juga . Apalah nasib . Dorang ni memang suka main-main . Haha ! Jadi tak dapatlah hadiah . Tak apalah . Yang penting masa tuu kita orang buat secara bekerjasama . Kita hanya mencuba untuk membuatnya . Hehe . Kita gagal pun pasal kita orang ni bukannya ahli saintis pun kan . Haha ! Nama kumpulan kita orang ialah ''Satu bangsa , satu sekolah'' Ni idea dari Sonia sendiri . Hmm . Tu jelah . Bila dah habis buat eksperimen . Kita orang mainlah pula . Hah ! Main apa ? Tak kan tak tahu . Haha ! Main congkak lah . Hehe . Saya main congkak dengan Ain .  Lepas tuu main dam dengan Sonia . Memenatkan jugalah main dam dengan Sonia ni . Memanjang pula dia memikir . Hehe . Tengok-tengok siapalah yang akan menang ni kan . Kejap sana kejap sini , akhirnya Sonia dah termakan buah dam nya . Sonia yang kalah . Hehe . Apa boleh buat dah nasib . Atau pun dikatakan seri , tak ada siapa pun yang menang sebenarnya . Hehe . Main congkak dengan Ain pula . Aiyaa ! Farra tak pandai main congkak ohh . Hehe . Apalah Ain ni , ingatkan main betul-betul . Patutlah main tak menang-menang . Rupa-rupanya main-main je . Haha ! Buat sakit pinggang je . Dan juga buat memenatkan tangan saya . Ain main congkak tuu cara tradisional Perak lah rupanya , sebab dia kan orang Perak . Mungkin lain kot cara main congkaknya . Yelah kot ? Saya pun tak tahu . Hehe . Okeylah , tuu je saya nak kongsikan cerita dengan korang semua . Tata .

No comments:

Post a Comment