Monday 11 July 2011

Watak Boboiboy

BoBoiBoy ialah watak utama dan eponim dalam siri animasi TV, BoBoiBoy.


KUASA


BoBoiBoy berpecah jadi tiga orang, 
(dari kiri): angin, tanah, petir

Setelah dikurniakan kuasa oleh Ochobot, BoBoiBoy boleh menguasai tiga elemen iaitu petir, angin dan tanah. Dia boleh menghasilkan "Keris Petir", "Pusaran Angin" dan "Tanah Tinggi" dengan tangan sendiri. Kuasanya yang terkuat ialah kebolehan berpecah menjadi tiga BoBoiBoy yang masing-masing mengawal satu elemen:
  • yang berpakaian kuning mengawal angin
  • yang berpakaian merah mengawal tanah
  • yang berpakaian jingga mengawal petir

Rupa

BoBoiBoy berusia 10 tahun. Dia memakai topi berwarna jingga bertompok kuning dan mempunyai motif raksasa yang bertanduk tiga menggarisi rentas tengah topi, bermulut jongang tetapi tidak bermata, dengan birainya menghadap ke belakang. BoBoiBoy juga memakai kemeja T dan seluar berwarna perang, jaket tanpa lengan berwarna jingga yang lungsur zipnya berbentuk panahan petir.
Mengikut konsep asal, topi BoBoiBoy sepatutnya ada tiga biji mata supaya ia nampak seperti anak raksasa yang comel. Lungsur zipnya juga tiada bentuk panahan petir.

Perwatakan

BoBoiBoy ialah seorang kanak-kanak lelaki yang cergas dan suka bermain (terutamanya bola sepak), tetapi dia seorang yang naif dan sedikit pelupa. Sebagai orang baru di pekan Pulau Rintis, banyak perkara yang perlu dipelajarinya dan dia mengenali kawan-kawan baru iaitu Yaya, Ying dan Gopal. BoBoiBoy membantu datuknya, Tok Aba menjaga kedainya, Tok Aba's Kokotiam. Apabila timbul kesusahan, terutamanya yang disebabkan oleh Adu Du, BoBoiBoy tidak berasa ragu menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan keadaan.

No comments:

Post a Comment