Pada hari Jumaat - 27/5/11 . Sekolah saya ada sambut majlis Selamat Hari Guru . Saya dan kawan saya bawa telefon kat sekolah , hehe . Nama dia Sonia , dia kawan baik saya . Pada majlis tuu . ada Dikir Barat , Nasyid , Tarian , Penyanyi dan banyak lagilah persembahan yang seronok dan lawak . Haha ! Seronok betul masa tuu . Ada jugalah murid-murid lain bawa kamera , untuk kenang-kenangan kan . Hehe .
Sebelum cuti sekolah bermula . Seronoknya ! Sebab apa ? Sebab , ramai masa tuu bawa telefon dalam kelas saya . Kelas 3 Arif yang amat meriah ! Haha ! Saya pun bawa telefon juga . Tapi cover lah juga . Kalau tak , dah lama dah kena rampas . Hehe . Banyak cikgu tak masuk dalam kelas . Ada jugalah yang masuk . Ada subjek yang belajar , ada subjek yang tak belajar . Tapi tak boring pun . Memang seronok ! Masa waktu nak balik tuu pula . Subjek BM , ramai yang rakam cikgu . Ehh . Kenapa ? Cikgu ni ramai peminat ke ? Hehe . Bukan apa . Cikgu ada bawa gitar dan menyanyi dalam kelas saya . Sebab nanti cikgu nak tunjukkan untuk hari guru . Dan juga Shafiq Qolikhin nak nyanyi . Haha ! Sedap ke suara dia ? Ehh . Mestilah sedap ! Hehe . Shafiq nyanyi lagu Awie . Tajuknya Cinta Kristal , memang best betul lah masa tuu . Macam nak putar balik kan masa je . Huhu .